Menu:

Makluman Terkini

Perhatian kepada semua. Untuk maklumat yang terkini, sila singgah di blog rasmi kami di http://primarycpr.blogspot.com

Tarikh Peperiksaan UP1 / Diagnostik UPSR 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua. Tarikh peperiksaan terkini boleh didapati di pautan Peperiksaan. Semoga berjaya.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Hi semua. Adakah anda sudah bersedia untuk ke sekolah. Selamat kembali semula ke sekolah pada 3hb Januari 2011 nanti.

Selamat Hari Krismas

Picture
Apa khabar semua warga SK Convent Jalan Peel. Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada anda semua. Selamat bercuti!

Makluman : Maklumat dan Gambar Terkini

Kepada semua pembaca dan pelawat Laman Web Rasmi SK Convent Jalan Peel, maklumat dan gambar-gambar terkini SK Convent Jalan Peel boleh didapati di Blog kami iaitu: http://primarycpr.blogspot.com . Terima kasih kerana keprihatinan anda.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Picture
Assalamualaikum. Akhirnya, bulan Ramadhan kembali menziarahi semua umat Islam di Malaysia. Bersempena dengan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat beramal ibadah di dalam bulan yang mulia ini, khususnya kepada semua warga Muslim SK Convent Jalan Peel.

Percubaan UPSR 2010

27 Julai 2010 (Selasa)
Bahasa Malaysia Kertas 1
(8.10am-9.00am : 50 minit)

Bahasa Malaysia Kertas 2
(9.40am-10.55am : 1jam 15 minit)

Sains
(11.30am-12.45pm : 1 hour 15 minutes)
28th July 2010 (Wednesday)
Matematik Kertas 1
(8.10am-9.10am : 1 jam)

Matematik Kertas 2
(10.00am-10.40am : 40 minit)
29th July 2010 (Thursday)
English Paper 1
(8.10am-9.10am : 50 minutes)

English Paper 2
(9.30am-10.45am : 1 hour 15 minutes)

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2010

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dijalankan pada 3hb April 2010 bersamaan hari Sabtu ini. Kepada semua ibu bapa yang telah memberikan usul, anda digalakkan untuk hadir ke mesyuarat agung ini. Diharapkan dengan adanya perjumpaan seperti ini, ianya dapat mengeratkan persefahaman dan persahabatan di antara guru-guru dan para ibu bapa. Kerjasama anda amat kami hargai. Terima kasih.

SKCJP kini mempunyai Fan Page di Facebook

Ya, kini semua warga sekolah, ibu bapa dan mereka yang berurusan dengan pihak sekolah boleh berinteraksi dengan kami di Facebook. Anda juga boleh menjadi peminat kami di Fan Page. Semua alumni dan guru-guru (termasuk bekas guru) sangat-sangat SKCJP dialu-alukan. Terima kasih. (Alamat emel: [email protected])

Ujian Pengesanan 1 / Diagnostik 1 2010

Perhatian kepada semua murid SK Convent Jalan Peel, sudahkah anda bersedia untuk menghadapi ujian yang akan datang?Diharap semua murid bersiap sedia daripada sekarang. Ujian akan bermula pada 12hb April 2010 (Isnin), 13hb April 2010 (Selasa) dan 15hb April 2010 (Khamis).

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh dan matapelajaran peperiksaan, sila klik di "Peperiksaan" di sebelah kiri laman ini. Semoga berjaya!

Cuti Sekolah Penggal Pertama

Selamat bercuti kepada semua warga SK Convent Jalan Peel. Diharapkan cuti sekolah penggal pertama ini diisi dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Jangan lupa menyiapkan kerja sekolah dan tugasan yang diberikan. Kepada semua Tahun 6: jangan lupa hadir ke Kelas Tambahan pada 15 Mac 2010 dan 16 Mac 2010. Sekolah akan dibuka semula pada 22 Mac 2010.

Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina

Picture
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua murid-murid dan guru-guru berbangsa Cina. Semoga sambutan kali ini lebih meriah. Pihak sekolah juga ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada warga sekolah yang lain. Murid-muri, jangan lupa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. :)

Cuti Tahun Baru Cina

Tidak lama lagi, semua murid-murid berbangsa Cina dan beragama Buddha akan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina. Dengan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga sekolah yang menyambut perayaan ini pada 14 dan 15 Februari 2010.

Makluman:
Cuti Tahun Baru Cina akan bermula daripada 13 Februari 2010 hingga 21 Februari 2010. Kong Hee Fatt Choy!!!

Intervensi 2 Tahun 6 Dan Kelas Tambahan Tahun 6

Peperiksaan Intervensi Tahun 6 akan bermula pada 8 hingga 10 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada pautan 'Peperiksaan'. Kelas Tambahan Tahun 6 pula akan bermula daripada bulan Februari. Kelas ini merangkumi semua subjek teras untuk peperiksaan UPSR nanti; Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Diharap semua murid-murid Tahun 6 membuat persiapan awal daripada segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Semoga berjaya!.

Kembali Ke Sekolah Untuk Sesi 2010

Picture
Selamat datang kepada semua warga SK Convent Jalan Peel. Kini, bermulanya sesi persekolahan baru untuk Tahun 2010. Kepada murid-murid Tahun 1, kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke SK Convent Jalan Peel. Kami juga ingin mengalu-alukan kedatangan murid-murid Tahun 4 ke sesi pagi. Semoga kedatangan Tahun 2010 ini membawa lebih banyak kecemerlangan kepada semua warga sekolah daripada segi akademik mahupun ko-kurikulum.

Ketibaan Hari UPSR

Akhirnya, hari yang dinantikan oleh calon-calon UPSR telah tiba. Bermula daripada 8hb September 2009 hingga 10hb September 2009, maka calon-calon ini akan berjuang menghadapi peperiksaan UPSR. Nasihat kami untuk calon-calon:

1) Jangan panik
2) Tenang
3) Baca semua soalan dengan teliti
4) Tulis jawapan dengan baik
5) Semak semula jawapan apabila telah siap
6) Ingat, jangan cuai!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52

Picture
Tanggal 31 Ogos 2009, merupakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Walaupun ianya disambut di dalam bulan Ramadhan, namun tidak ada salahnya untuk kita mensyukuri kemerdekaan yang kita perolehi selama 52 tahun ini.
Di sekolah juga, kita menyambut Hari Kemerdekaan di dalam tiga peringkat: Majlis Pelancaran, Ambang Merdeka dan Majlis Penutup. Murid-murid juga bersemangat waja dan patriotik sempena sambutan yang diadakan ini. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.
(Gambar ihsan wikipedia Malaysia)

Selamat Berpuasa!

Picture
Tanggal 22 Ogos 2009 merupakan hari pertama semua umat Muslim di Malaysia berpuasa. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, semua orang termasuk warga Muslim SK Convent Jalan Peel dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

Tidak ketinggalan juga kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Diharapkan bulan puasa ini tidak menjejaskan semangat dan keyakinan anda. Semoga Berjaya!!!

Nota: 15 hari lagi ke UPSR (8/9/09 - 10/9/09)

Kehilangan Seorang Guru

Picture
Baru-baru ini, kita telah kehilangan seorang bekas guru. Beliau ialah bekas Penyelia Petang yang pernah berkhidmat di SK Convent Jalan Peel. Mendiang Cik Navamani telah meninggalkan kita semua kerana menghidapi sejenis penyakit yang serius. Dengan ini, pihak sekolah berharap semua orang dapat bertafakur seketika untuk mengenangi Mendiang Cik Navamani.

Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG

Pada 21hb Februari 2009, SKCJP akan mengadakan majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat PIBG di Dewan Puteri Dahlia. Pada tarikh ini juga, Laman Web Rasmi dan Blog Rasmi akan dilancarkan.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan terutamanya kepada semua murid, ibu bapa dan guru. Selamat melayari Laman Web Rasmi dan Blog Rasmi SK Convent Jalan Peel.

xoxo

Perasmian Laman Web Rasmi SK Convent Jalan Peel

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua warga sekolah dan ibubapa murid-murid SK Convent Jalan Peel. Untuk pengetahuan semua, laman web rasmi SKCJP akan dilancarkan pada bulan Mac 2009.

Melalui laman web dan blog rasmi yang akan dilancarkan nanti, semua pengunjung laman web terutamanya murid-murid SKCJP akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai sekolah dan yang paling penting ialah tarikh peperiksaan.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini laman web ini nanti. Selamat Memulakan Sesi Persekolahan 2009!!!

Pendaftaran Alumni SK Convent Jalan Peel

Perhatian kepada bekas-bekas pelajar (alumni) SK Convent Jalan Peel. Anda kini boleh mendaftar sebagai alumni SK Convent Jalan Peel dengan hanya mengklik pada 'Pendaftaran Alumni' di sebelah kiri laman web ini. Anda cuma perlu mendaftar sekali sahaja. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana berminat menjadi alumni SK Convent Jalan Peel.

Lokasi SKCJP dan Video Aktiviti Murid

Di bawah ialah peta yang menunjukkan lokasi Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel. Di sebelahnya pula ialah video di mana murid-murid telah menyertai Pertandingan tarian "My School Rocks - High School Musical 2007". Selamat menonton!!!