Menu:

Sekolah Kebangsaan Convent Jalan Peel adalah sebuah sekolah "MISSION" atau mubaligh yang bermula sebagai cawangan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Bukit Nanas pada Januari 1949. Rancangan untuk membina sebuah sekolah di kawasan Imbi Circular yang telah mula membangun dengan pesatnya pada penghujung tahun tiga puluhan telah terhenti disebabkan pecah perang kedua 1941-1945.

Apabila keadaan Negara telah aman sekolah-sekolah pun dibuka semula. Semua sekolah penuh dengan murid-murid yang ingin menyambung semula pelajaran mereka yang tergendala sekian lama. Memandangkan ramainya murid-murid yang hendak masuk ke Sekolah Convent, sedangkan tempat sudah penuh "THE SISTERS OF BUKIT NANAS CONVENT" pun mendapatkan sebuah tapak sekolah yang baru di mana sekarang terletaknya S.K Convent Jalan Peel..

Sekolah ini dibuka pada Januari 1949 dengan enam buah kelas yang terdiri daripada 40 orang murid bagi tiap-tiap kelas dari darjah 1 hingga darjah II yang ditempatkan di dewan sementara. Guru Besarnya yang pertama ialah Sister St. Catherine Hendricks. Oleh sebab tapak sekolah ini adalah bekas lombong, maka kerja mengeringkan air mengambil masa yang lama. Jadi murid-murid terpaksa berpuas hati belajar dalam bangunan atap dan sebuah dewan kecil buat dua tahun permulaannya.

Pada Januari 1951, bangunan baru yang terdiri daripada 16 buah kelas, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru telah siap dibina dan guru besarnya pada masa itu ialah Sister St. John Bosco. Oleh kerana bilangan murid telah bertambah sehingga 1000 orang dan juga untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah menengah dalam tahun 1957, murid-murid darjah 1 hingga darjah 6 telah dibahagikan kepada dua sesi. Sekolah 1 dibawah jagaan Miss Clare Hare telah dipidahkan ke Sekolah Rendah Abu Bakar di Jalan Pasar. Sekolah II telah diketuai oleh Puan Caterian Perreau dipindahkan ke Sekolah St. Gabriels di Jalan Perwira. Empat buah kelas lagi Primary 1 dan II tinggal di Jalan Peel di mana Guru Besarnya ialah Sister St. John Bosco.

Setahun selepas itu setengah daripada murid-murid yang telah dipindahkan ke kedua buah sekolah itu balik semula ke S.K Convent Jalan Peel. Yang lainnya itu semuanya berpindah ke S.R.K Kampung Pandan yang mana sekarang ini dikenali sebagai S.K Putri Pandan.

Pada tahun 1963, Sister Alphonse Coombs mengambil alih sebagi Guru Besar S.R.K Convent Jalan Peel dan apabila beliau bersara dalam bulan September 1975, Puan Monica Chow memangku jawatan Guru Besar sehingga Julai 1977. Puan Evelyn John berkhidmat sebagai Guru Besar sekolah ini dari Julai 1977 sehingga May 1984. Penolong Kanannya ialah Puan Khadijah Melan sehingga Sister Anne-Marie Lopez dilantik menjadi guru Besar sekolah ini pada 1 Januari 1985. Guru Besar sekarang ialah Sister Anne-Marie dan Guru Penolong Kanannya ialah Paun Khadijah Melan dan apabila Puan Khadijah Melan ditukarkan ke S.R.K Padang Tembak tempat beliau digantikan oleh Puan Rokiah binti Haji Mahmud pada 1 Oktober 1985.

Pencapaian akedemik adalah sederhana. Bilangan murid-murid mendapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 tidak begitu memuaskan. Dalam bidang sukan dan permainan, para pemenang hadiah sangat sedikit. Walau bagaimanapun semangat penyertaan adalah penting dan murid-murid digalakkan mengambil bahagian. Pendedahan murid-murid kepada pertandingan di peringkat sekolah, daerah dan peringkat kebangsaan telah menolong menyedarkan murid-murid akan kebolehan mereka dan ini telah membina azam ingin maju dan mencapai kemenangan yang lebih baik.

Pada keseluruhannya keadaan sosial,ekonomi murid-murid adalah sederhana sahaja. Dengan adanya konsep pembelajaran di sekolah yang berhampiran dengan rumah, Adanya temuramah antara ibu bapa dan guru-guru,"Media Masa" mengenai pembelajaran,kesihatan, pengetahuan tentang keperluan dan hak kanak-kanak, taraf kejayaan dalam sekolah telah meningkat dalam semua aspek. Sekolah berharap untuk mengekalkan dan meneruskan usaha meninggikan lagi taraf itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sekolah ini telah juga menyambut Hari Jubli Peraknya pada tahun 1974. Hari ini adalah satu hari yang tidak dapat dilupakan. Murid-murid sekolah ini, bekas guru sekolah ini dan juga bekas muridnya telah datang ke sekolah lama mereka untuk meraikan hari yang gemilang ini.